" Fik cintakan Ria." "Aku tak cintakan kau. Ceraikan aku!!" Fikri Aidil kecewa dengan Aria. Isteri yang ditatang dengan penuh kasih sayang tergamak curang dibelakangnya. Siapa sangka hubungan larangan itu sudah terjalin semasa mereka bercinta lagi. "Kau kahwin la Fik." Mudahnya sahabatnya memberi cadangan gila. Dia dan Aria belum bercerai lagi malah lafaz talak pun belum keluar dari mulutnya. Dia tidak reda untuk berkahwin lain. Hatinya sudah tawar dengan cinta. Siapa sangka kehadiran gadis itu merubah segalanya. Dia mahu tapi malu untuk mengakui.